Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah dia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah BERPADA, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu TEGUH. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba MEMPERBAIKINYA mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain dan terlalu mengejar kelazatan. Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak akan boleh memakannya lagi. Dan kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah cuba MEMBANDINGKAN dia dengan yang lain dan terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Dan kamu juga yang akan MENYESAL.