Percintaan bukan lah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebiah percintaan, jangansesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kalu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkansifat kamuyang sebenar dan percayalah orang yang menyintaikamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara in dalam hubungan kamu.
1. bercinta kerana simpati dan kasihan Kamutidakakan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksadiri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalumudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlau mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya kamu tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalahlebih baik kamu berterus terang padanya. Si dia lebih kecewa andanya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana diamencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.
2. melirik kepada jejaka / gadis lain Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka / gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya puladi kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.
3. bersikap hipokrit Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berceritatentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksadiri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara inikerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan sidia tahuapa yang kamu tidak suka supaya sidia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan si dia tersinggung dengan kritikan kamu.
4. sanggup menyerah kalah Kamu sanggup menyerah kalah ketikaberlawan badminton denganya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dengan si dia akan menjadi ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persainganmestlah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan huungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.
5. terima semua kesalahan Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkarayang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ’kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perluuntuk kebaikan kamu berdua.
6. harus sentiasa bersama Orang bercinta kebiasannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain mangganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali sidia dalam kelompok teman-teman kamuagar sidia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyikberdua sahaha kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.
7. rapat dengan sahabat karib si dia Kamusememangnya perlu bergaul denganorang-orang yang rapat dengan sidia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temanya. Kamutidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib sidia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.
8. berpura-pura tidak cemburu Kamu harusdapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis kain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamudalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asnyik berbual dengan jejaka / gadis kamu perlu tegur si dia dengan cara terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu seketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.
9. terlalu menerima sikap si dia Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namunitu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubahandainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat sidia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan inisiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.
10. biarkan si diasahaja membayar Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupunkekasihnya sendiri. Sikap initidak sepatutnyaberlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolahansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaun lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.
Cinta Itu Indah Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
.
" Kita dicipta berbeza.Marilah kita akui dan raikan perbezaan itu.
ia bukan pertentangan.....tapi satu keindahan.Jika syg berilah kemaafan.Hidup terlalu singkat utk membenci.Memaafkan org lain sama seperti memaafkan diri sendiri.gembira dgn memberi kebahagiaan.Rumah dibina dgn ape yg kita dapat,tetapi rumah tangga dibina dgn ape yg kita ...beri..Siapa yg lebih cinta,dia akan lebih byk memberi.♥ "
ia bukan pertentangan.....tapi satu keindahan.Jika syg berilah kemaafan.Hidup terlalu singkat utk membenci.Memaafkan org lain sama seperti memaafkan diri sendiri.gembira dgn memberi kebahagiaan.Rumah dibina dgn ape yg kita dapat,tetapi rumah tangga dibina dgn ape yg kita ...beri..Siapa yg lebih cinta,dia akan lebih byk memberi.♥ "
,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "10 zon LARANGAN CINTA"
Post a Comment